Sunday, 8 June 2014

RUMUSAN




Hah,dah kenal semua papan tanda yang terdapat di jalan raya?Adakah kamu dapat mematuhi dan mengecam kesemua papan tanda yang terdapat di atas gambar?Harap blog ini dapat menyelesaikan masalah anda.Baiklah,sampai sini sahaja coretan buat blog ini.Izinkan saya mengungkap beberapa rangkap pantun;

Bunga raya merah kesumba,
Dibelit sawa di atas tangga;
Jalan raya bukan medan berlumba,
Jagalah nyawa seisi keluarga.

Buat halwa sibuah mangga,
Dimakan budak manis rasanya;
Jagalah nyawa seisi keluarga,
Agar tidak menyesal selamanya.

Anak kuda di bawah khemah,
khemah tumpangan si anak jalak;
Jadilah anda pemandu berhemah,
Semoga kemalangan dapat dielak.

Kesimpulannya,pengguna jalan raya haruslah merenung secara mendalam akan masalah  kemalangan jalan raya dan lebih berwaspada dan berhati-hati ketika hendak memulakan perjalanan.Pandulah kenderaan dengan cermat kerana pandu cermat jiwa selamat. Sekiranya masyarakat tidak mematuhi etika pemanduan yang betul maka jalan raya bukan lagi laluan yang selamat dan kemalangan maut ini boleh berlaku tanpa mengira masa. Mereka perlu ingat akan orang yang tersayang yang sedang menanti kepulangan mereka. Oleh itu, semua anggota masyarakat dan kerajaan haruslah berganding bahu untuk memastikan kemalangan maut dapat diatasi dengan memainkan peranan masing-masing secara berkesan. Dengan cara itu kita berharap agar masyarakat di Malaysia dapat hidup sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah yang berpunca daripada kemalangan jalan raya.Jangan lupa tonton video menarik dan berkaitan dengan topik ini iaitu berhati-hati di jalan raya yang saya kemukakan di tepi blog!!!!!!!

SEKIAN,TERIMA KASIH. 







No comments:

Post a Comment