Friday, 30 May 2014

PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA UNTUK PEMANDU KERETA


PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA UNTUK PEMANDU KERETA

PEMANDU KERETA 


Kereta ataupun automobil ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.


LANGKAH KESELAMATAN BAGI PEMANDU KERETA
·         Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.
·         Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak. Jangan sesekali berkongsi tali pinggang keselamatan.
·         Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul dan selesa secara silang meliputi bahagian dada sehingga tulang pinggul.
·         Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.
·         Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya diletakkan di tempat duduk belakang. Bayi juga perlu diletakkan di tempat duduk belakang dalam tempat duduk khas.
·         Gunakan sistem kawalan kunci kereta.
Elakkan kanak kecil duduk di hadapan
 PANDUAN KETIKA MENYELEKOH DISIMPANG
1.   Biasakan menghampiri dengan cermat dipersimpangan dan bersiap sedia untuk berhenti. Sebelum melintas atau menyelekoh lihat kekanan dan kekiri, kemudian kekanan sekali lagi. Jangan terus berjalan sehingga kamu pasti selamat berbuat demikian dan kamu tidak menyekat jalan.
2.   Mesti berhenti dipersimpangan yang ada tanda "Berhenti". Tunggu dahulu sehingga jalan itu lapang dari lalu lintas sebelum meneruskan perjalanan.
3.   Disimpang-simpang yang dikawal oleh Polis Lalulintas, jangan terus berjalan sehingga polis yang bertugas disitu mengisyaratkan kamu berbuat demikian.
4.   Disimpang-simpang yang dikawal oleh lampu isyarat, selalu tunggu lampu hijau sebelum maju kehadapan. Dalam berbuat demikian tentukan yang jalan itu lapang untuk kamu melintas simpang itu dan setelah kamu memastikan selamat berbuat demikian.
5.   Apabila sampai dibulatan-bulatan, beri jalan kepada lalu lintas yang datang dari sebelah kanan kamu, kecuali tanda-tanda atas jalan menunjukkan sebaliknya tetapi terus jalan itu lapang.
6.   Bila hendak memusing ke kiri, ikut rapat-rapat ketepi sebelah kiri jalan dimana kamu hendaklah memusing dan terus kejalan yang hendak dimasuki itu (elakan dari memakan jalan kekanan sebelum kamu memusing).
7.   Bila hendak memusing kekanan ikut bahagian tengah jalan yang kamu sedang berada itu atau ambil tempat, dibahagian yang telah ditandakan untuk lalulintas yang hendak memusing kekanan. Tunggu sehingga jalan lapang diantara kamu dan apa-apa kenderaan yang datang dari depan, kemudian baru memusing.
8.   Disimpang-simpang dimana ada tanda-tanda lalulintas bergaris semua lalulintas mesti ikut garisan atau "lane" yang betul.

PANDUAN KETIKA ANDA HENDAK MEMOTONG KENDERAAN
1.   Jangan sekali-kali anda memotong diselekoh siku keluang (blind corners), atau dipuncak bukit.
2.   Memotong hendaklah disebelah kanan kenderaan yang dihadapan.
3.   Jangan memotong dimana ada terdapat dua garisan putih ditengah-tengah jalanraya untuk memisahkan perjalanan kenderaan.
4.   Berilah isyarat hendak memotong kesebelah kanan dan bunyikan"horn" untuk memberitahu kereta dihadapan. Hindarkan dari memotong balik dengan segera.

PANDUAN KEPADA PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN
Sebagai pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-
1.   Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
2.   Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
3.   Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
4.   Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
5.   Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan bersopan-santun.
6.   Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".
7.   Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
8.   Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
9.   Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.
10. Sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi undang-undang, maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar.
11. Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.
12. Memerhati gerak geri yang dapat diagak keatas lalulintas dan pejalan kaki yang boleh menimbulkan halangan.
13. Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
14. Sentiasa mengamalkan cogankata "Biar lambat asal selamat" dan "Pandu cermat jiwa selamat"
Pandu dengan selamat



6 comments:

  1. Sila tinggalkan comment atau pendapat anda

    ReplyDelete
  2. You have done well research...really appreciate

    ReplyDelete
  3. Thanarubini Murti6/05/2014 5:24 am

    very good research.....keep it up...

    ReplyDelete
  4. Bagus,teruskan usaha anda!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. well...good job friend.lots of info.. go on... (arifah)

    ReplyDelete
  6. Baik,teruskan usaha anda !!!!!!! ^-^

    ReplyDelete