Tuesday, 27 May 2014

PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA UNTUK PEJALAN KAKI



PANDUAN KESELAMATAN JALAN RAYA UNTUK PEJALAN KAKI


PEJALAN KAKI
 

Pejalan kaki adalah istilah dalam transportasi yang digunakan untuk menjelaskan orang yang berjalan di lintasan pejalan kaki baik dipinggir jalan, trotoar, lintasan khusus bagi pejalan kaki ataupun menyeberang jalan. Untuk melindungi pejalan kaki dalam berlalulintas, pejalan kaki wajib berjalan pada bagian jalan dan menyeberang pada tempat penyeberangan yang telah disediakan bagi pejalan kaki.



UMUM

-Gunakan kaki lima yang disediakan
-Jika tiada,berjalan di sebelah kanan jalan raya dan sentiasa memandang kenderaan yang datang dari arah hadapan
-Jangan sesekali berjalan bergandingan.Jika keadaan memerlukan seperti meminpin orang buta,anda bolehlah bergandingan tetapi jangan melebihi dua orang.
-Gunakan kemudahan melintas jalan seperti jejantas,lintasan pejalan kaki,lampu isyarat.



BERJALAN KAKI DI WAKTU MALAM

-Jika berjalan diwaktu malam,anda perlu peka dengan keadaan lalu lintas dan perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan
-Gunakan kaki lima yang disediakan .Anda dinasihatkan mematuhi panduan berikut bagi membolehkan pemandu kenderaan melihat anda:

1.Memakai pakaian berwarna cerah atau putih.

2.Memakai pakaian yang mempunyai pemantul cahaya

3.Membawa surat khabar atau benda-benda berwarna putih

4.Menggunakan lampu picit



BERJALAN KAKI DI WAKTU HUJAN
 
-Anda dinasihatkan memakai baju hujan jika berjalan di waktu hujan
-Jika perlu menggunakan paying,pegang dengan cara yang betul agar tidakmenghalang pandangan anda dan gunakan paying berwarna cerah.
-Jangan berlari semasa memegang paying terutamanya semasa melintas jalan.
-Berjalan dengan cermat kerana jalan yang licin mudah tergelincir .
-Jangan menundukkan kepala semasa berjalan kerana anda mungkin tidak nampak kenderaan yang datang dari arah hadapan.


CARA MELINTAS JALAN

LINTASAN PEJALAN KAKI

-Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikankenderaannya sebelum anda melintas
-Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalanlah dengan cermat bila melintas
-Anda hendaklah berhati-hati kerana ada kemungkinan kenderaan dibelakang akan mermotong kenderaan yang berhenti.



JALAN BIASA

-Berdiri diatas kaki lima atau pinggir jalan.
-perhatikan dan dengar lalulintas sekeliling.Jika ada lalulintas yang datang biarkan ia berlalu.
-Pandang kanan,kiri dan kanan sekali lagi.sekiranya tiada kenderaan,melintaslah dengan selamat.
-Jangan berlari atau bermain-main semasa melintas jalan.
-semasa melintas,pandang kearah kenderaan yang datang



LAMPU ISYARAT


-Melintaslah apabila lampu isyarat untuk pejalan kaki melintas bertukar kepada berwarna hijau
-bila lampu isyarat untuk pejalan kaki berkelip-kelip,ia bererti lampu isyarat akan bertukar kepada warna merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas.Jika anda sedang melintas,percepatkan langkah anda.
Pejalan kaki







No comments:

Post a Comment