Friday 23 May 2014

KESAN-KESAN BERLAKUNYA KEMALANGAN DI JALAN RAYA


KESAN-KESAN BERLAKUNYA KEMALANGAN DI JALAN RAYA

i)Jalan penyelasaian membaiki jalan raya

Peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang berlaku hari ini telah memberi impak kepada semua pihak terutamanya JPJ.Ia merupakan salah satu jalan penyelesaian yang digunakan oleh masyarakat agar pihak berkuasa mengambil tindakan untuk membaiki semula jalan raya yang telah rosak.Sekiranya tindakan ini diambil dalam masa yang terdekat,kadar kemalangan jalan raya akan berkurangan dan pihak berkuasa hendaklah sentiasa berwaspada dengan jalan raya agar tidak berlaku kemalangan jalanraya.


ii)Mewujudkan kesedaran kepada pengguna jalan raya

Kemalangan jalan raya yang sering berlaku hari ini juga dapat memberi kesedaran dalam diri pengguna agar lebih berwaspada semasa memandu dan mengamalkan sikap berhati-hati.Terutamanya semasa melalui jalan yang mempunyai selekoh tajam atau jalan yang berbukit-bukit.Keadaan kemalangan yang mengerikan akan dapat melahirkan rasa gerun dalam diri manusia dan melahirkan rasa insaf dan takut jika mengalami perkara yang sama sekiranya mereka tidak berhati-hati di jalan raya.
Memakai topi keledar merupakan suatu kesedaran terhadap pengguna jalan raya

iii)Mengalami kadar kerugian yang tinggi

Kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan-kenderaan besar akan menyebabkan kadar kerugian yang banyak terutamanya sekiranya kemalangan melibatkan golongan belia.Malahan wang yang disimpan akan terbuang begitu sahaja kerana digunakan untuk membaiki kerosakan pada kenderaan.Hal ini menyebabkan hampir setiap tahun negara mengalami kegawatan ekonomi kerana kurang pelaburan daripada semua masyarakat.Oleh yang demikian,kita hendaklah berusaha untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya.


iv)Meragut nyawa dan mengalami kecacatan

Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya majoritinya akan merempuh ke alam maut kerana kecederaan yang parah terutamanya bahagian kepala.Ini kerana,sekiranya berlaku hentakan yang kuat pada bahagian kepala boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian otak manusia.Sebab itulah peluang untuk manusia hidup amat tipis.Terdapat sebahagian yang mengalamikemalangan juga masih selamat tetapi mengalami kecacatan seperti tangan kudung,kaki dipotong atau buta dan juga hilang ingatan.Sebab itulah,keselamatan amat penting dan perlu diingat setiap masa.
Kematian

 PENUTUP
Justeru itu,kesedaran dan sikap prihatin dalam diri setiap masyarakat haruslah diwujudkan agarkemalangan jalan raya dapat dikurangkan.Kita hendaklah menjadikannya sebagai pengajaran pada masaakan datang.Janganlah sehingga orang yang kesayangan kita terlibat barulah kita bertindak.Hargailah nyawa anda.

INGATLAH ORANG YANG DISAYANGI

No comments:

Post a Comment